? ??????????????Absolution? ????? ?? ???Rating: 4.5 (8 Ratings)??448 Grabs Today. 4269 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Waterfalls? ????? ?? ???Rating: 4.2 (175 Ratings)??314 Grabs Today. 21594 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????For BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday 29 May 2010

Sebuah Dialog di Malam Hari, Buat Insan Bernama Dai'e…

"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"
Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.
"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah.Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

"Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu, maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.


Kemenangan atau Mati Syahid
Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

Glosari kata
akhi = saudara lelakiku
ana = saya
ukhuwah = perhubungan
mad'u = murid
murabbi = guru
anta = kamu
geluti = hadapi dengan kesukaran
istiqamah = tetap
jama'ah = kumpulan yang mempunyai tujuan yang sama
futur = lemah/malas
ghurur = tertipu

MeMO untuk Si Belangkas...

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.


Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang). Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.


Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,


Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin :



"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia_Nya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui."
(An-Nur : 32)


Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?


Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi: " Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a : "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat syabab,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda : "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan, "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". (Riwayat Ahmad)

Oh, kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada_Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." (Riwayat Bukhari)



Karya: Fatimah Syarha...
dipetik dari Majalah Solusi..

Thursday 27 May 2010

Aku dan Tuhanku...

Berdiri dalam balutan telekung putih bersih
Dalam qiam ku bulatkan hati
Memusatkan minda hanya pada-Nya
Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi
Kerna, aku ingin merasa nikmat
Lazatnya ibadah mengadap Allah
Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar
Seperti Dia sedang ku pandang
Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang
Tuhan yang kusembah
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya
Dengan rendah hati seorang hamba

Dalam rukuk dan sujud
Ku letakkan diri sekerdil mungkin
Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya
Berteleku antara dua sujud
Kyusu’ mengharap ampunan dan belas ihsan
Allah yang maha penyayang

Bersimpuh dalam Tahiyyat
Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat
Merendahkan diri dalam lafaz pujian
Memuliakan Junjungan s.a.w.

Kusempurnakan solat seusai dua salam
Tenggelam dalam lafaz istighfar
Memohon ampun pada-Nya atas dosa dan khilaf seorang hamba
Yang hina lagi tak sempurna
Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana
Maka, ku tadah dua tangan
Memohon doa dengan sesungguhnya
Merayu dan mendayu
Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda
Seiring derai airmata

Ya Allah,
Ku pohon ampun Ya Rabbi
Atas dosa dan kekurangan diri
Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri
Moga janganlah Kau bebani aku
Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri
Rahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku
Dalam pelukan kasih sayang-Mu
Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara
Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati
Di dalam pelukan agama
Yang Kau redha...
Amiin3 ya Rabbal 'alamin..

AKU INGIN BERUBAH....

YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU
NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

Sujud Cinta Seorang Hamba....

Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu...

MENGAPA PERLU CINTA DAN TAKUT KEPADA ALLAH?

ALLAH segala-galanya. ALLAH itu penyelamat, pelindung, pendidik, pemberi hidayah, pemberi rezeki dan kawan setia kita. Kalau kita faham dan hayati itu, akan datang kasih sayang. Cinta kepada selain ALLAH tidak salah tetapi jangan mengatasi cinta kepada ALLAH. Tidak salah cinta kepada isteri, ibu bapa dan anak, tetapi jangan mengatasi cinta kepada ALLAH. ALLAH mewajibkan kita mencintai- Nya.

Mengapa kita disuruh cinta kepada ALLAH sedangkan ALLAH Maha Sempurna? Apakah ALLAH suruh kita mencintai- Nya untuk meninggikan derajatNya? ALLAH sudah sempurna. Ke-Mahasempurnaan ALLAH kekal dan azali. Tidak berkurang dan tidak bertambah. Cinta kita bukan untuk meninggikanNya. Kalau kita tidak cinta, tidak puji, tidak sembah, atau kita caci maki, ALLAH tidak tergugat dan tidak cacat. Berbeza dengan manusia. Manusia bila dihina dia cacat bila dipuji dia terangkat.

ALLAH yang menjadikan manusia, maka ALLAH tahu apa keperluan manusia lahir dan batin (rohaniah). ALLAH jadikan sebab-sebabnya supaya keperluan itu tercukupi. ALLAH mewajibkan kita cinta kepada ALLAH, di situlah datang rahmat dari ALLAH. Sebab manusia yang cinta kepada ALLAH, akan automatik cinta kepada makhluk ALLAH terutamanya sesama manusia.

Ertinya hamba ALLAH yang mencintai ALLAH nescaya perikemanusiaannya sangat tinggi. Dia pengasih pada orang lain, bertimbang rasa, kasihan, tidak boleh mendengar orang susah, sangat mengutamakan orang, sangat bekerjasama, suka menghibur orang, suka memaafkan dan meminta maaf dan sebagainya. Ini keperluan manusia. ALLAH tidak perlu cinta manusia. Kalau manusia tidak cinta ALLAH maka hilanglah perikemanusiaan seperti yang terjadi hari ini. Kalau sudah tidak cinta ALLAH, hidup individualistik, bagaimana hendak bekerjasama dengan orang lain? Ini yang terjadi. Bukan diri saja yang susah, masyarakat pun susah karena perikemanusiaan sudah tidak ada. Cinta sesama manusia sudah tidak ada kerana terputus cinta dengan ALLAH.

ALLAH tahu rahsia ini, sebab itu ALLAH suruh cinta kepada- Nya kerana kesannya kepada manusia bukan pada ALLAH. Kesan itulah yang menguntungkan manusia. ALLAH tahu bila cinta kepada ALLAH, terjadilah cinta sesama manusia. Di situlah untungnya manusia karena cinta-mencintai datang kasih sayang, bekerjasama, rasa bersama dan di situlah kebahagiaan.

ALLAH juga memerintahkan manusia untuk takut kepada-Nya. Mengapa demikian? Apakah ALLAH memerlukan takut manusia ini? Maha Suci ALLAH dari memerlukannya.

Bila manusia faham dan menghayati kehebatan, kekuasaaan, kegagahan, dan keadilan ALLAH maka dia akan takut kepada ALLAH. Jika senantiasa merasa diawasi ALLAH, maka dia tidak akan berani melanggar hukum-hukum ALLAH dan peraturan manusia yang tidak bertentangan dengan aturan ALLAH. Di mana pun dan pada bila masapun. Dia tidak akan sanggup menyakiti seluruh makhluk ciptaan ALLAH. Dia tidak akan sanggup berbuat mungkar dan maksiat, baik yang lahir maupun batin, kerana dia tahu keadilan ALLAH dalam membalas setiap perbuatan mungkar dan maksiat.

Monday 24 May 2010

DENGARLAH WAHAI TEMANKU


Dengarkan teman ku,
Saat itu akan selalu mengejar,
Ke mana lagi arahnya kakimu ingin berlari
Kerna tak mungkin terjadi kau dapat melarikan diri
Kerna kematian itu akan tetap menghampiri

Maka saat ini
Mulakan segalanya dari awal
Kerna kita sudah tidak punya masa
Ingin bergegas menuju taman bahagia
Namun layakkah kaki melangkah ke sana?

Kasihannya wahai diri yang selalu mengharapkan
Tetapi diri juga lupa atas pertanggungjawaban

Tidak inginkah kita menjadi sehebat srikandi islam sejati?
Bila mana malam mampir
Beliau menghadap tuhannya
Dalam simpuhan ketaatan
Beliau berkata sendiri
‘Tuhanku bintang-bintang menjelma indah,

Mata manusia terlena sudah,
Ketika semua pintu sudah tertutup,
Tatkala unggas malam sahut menyahut,
Dan inilah aku,
Pandanglah aku,
Yang duduk dihadapanmu mengadu cintaku,
Yang selalu terganggu,
Mengintai kasihmu di perdu rindu.

Demikian rintihan hati Rabi’atul Adawiyah,
Lalu ditemuinya keindahan dan ketenangan,
Dihamparan indah kasih dan sayang tuhan.

Subhanallah….
Mengapa hati kita masih perit dan payah untuk meninggalkan yang bukan hak,
Mengapa diri kita sering berkata ‘tak boleh lagi’, bukan masanya…
Mengapa kita tidak terasa ada hidayah yang ingin hinggap,
Mengapa kita tidak pernah mencuba untuk menjadi insan taqwa biarpun dari sekecil-kecil iman.

Kini aku temui jawapan itu semua dalam satu hamparan,
Dengan hanya satu jawapan,
Benar hidayah itu milik Pencipta Agung,
hanya datang kepada sesiapa yang Dia kehendaki,
Namun kita yang tidak pernah mencari,
hidayah itu sungguh unik temanku,
Kerna hanya datang bagi yang mencari,
Maka temanku sayang,
Carilah ia biarpun dirimu masih belum temuinya juga,
Carilah dengan mata hati,
Kerna di situ bakal kau temui sesuatu yang paling berharga,
Jauh lebih indah dari perhiasan dunia sementara,
Apalah ada pada dunia yang tidak baqa’,

Ayuhlah kembalikan ketaatan yang ada dalam diri,
Kembalilah mengotakan janji kita sejak azali,
Bahawa ingin mengagungkan Cinta Allah.

Doaku untuk teman,
Semoga kita mampu bersama menjunjung kasih Ilahi,
Bersama berjuang melawan kehendak hati,
Bersama meraih cinta Agung yang sejati,
Bersama kuat untuk hindari maksiat
Agar menjadi srikandi hebat abad ini
Agar menjadi muslimah solehah idaman suami
Kerna kau temanku,
Maka aku menyayangimu….
Bertegaslah dengan hati yang selalu dikuasai makhluk najis bernama iblis…

Ingatlah temanku,
Cintamu itu tidak semestinya kau akan memiliki
Memiliki juga tidak semestinya kau bercinta
Tapi memiliki itu bakal melahirkan cinta yang suci
Tapi cinta itu belum tentu menghasilkan ketermilikan..


p/s: ana hadiahkan khas buat diri ana dan juga sahabat2 ana sekalian, noor khairul bariyah,norhidayah mustafa,nur farihah,fadhlin sakinah,nurul jannah,siti aishah,nura adila,kak fahimah,kak nure habibah,suhaila,eriqa umaira,cahaya kasih,kasturi melati,intan nabihah,noor izzah,fatin najihah,suria syahadah,humaira solehah,Ili wardah,sheila eiyla,kak mai,srikandi islam,kak ain humairah,fathihah wan ahmad,kak huda dan semua sahabat2 yang mengenali diri ana...
uhibbukum lillah...^_^

WANITA SOLEHAH



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi agama,keluarga dan bangsa…

WANITA SOLEHAH CERMINAN AINUL MARDHIAH...




Sabda Rasulullah saw
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata,
ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan,
dan tidak kurang juga pada keturunan,
tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya,
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa..


Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita
walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya...
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka;
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar
tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.
Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi,
begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing.
Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya..dari hujung rambut hingga hujung kaki..
termasuklah wajahnya, suaranya,senyum tawanya,jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun..
wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat..
Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah anNur,30..
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya..ulama syafie berpendapat makna “apa yang zahir daripadanya” adalah muka dan tapak tangan.tapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah,ia tetap menjadi aurat..Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat..lalu mengenakan purdah pada wajahnya.mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum spt frienster.facebook dan lain-lain

suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi.kerna memahami perintah Allah swt padanya dalam surah alAhzab ayat33.”Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya”...Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi..


Muasyarat(pergaulan) yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur.Hajat mereka tidak kesampaian.Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka.apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa .as dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah alQasas,23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum.Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan)..
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang..Khalwat juga adalah bunga – bunga perzinaan..Berbual – bual di telefon atau sms antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua – duaan..fikirkanlah...

Saidina Umar r.a berkata, “Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita”.Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya.kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.bagaimana keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya..Jadi labuhkanlah tudung sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahutentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab..seseorang telah menegurnya,”mengapa engkau tidak berjilbab,adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?”.lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya..Beliau berkata,”aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt”.. Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab..Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam..Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam..bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...

Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yang
mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya.. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan – jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah..oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dgn berjihad dan syahid di jalan Allah… Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan - papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam..Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum..Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, Dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?”..sedang ia menjawab,”saya tidak tahu”..

Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt..”Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah”.(surah alAhzab_33)..
ya,memang benar...Islam itu mudah..
tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam..dalam satu hadith dalam kitab hadith 40,Rasulullah saw bersabda, “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang”


Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya(ghaddul basar)
kerna ia adalah perintah dari Allah(anNur,30-31),
ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi
pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran.
oleh itu, tundukkanlah pandangan, ibarat mencari sesuatu yang hilang..
apa yang selalu hilang dari kita..tak lain tak bukan,,adalah iman dan keikhlasan
kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja’ul aqro..
sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi,
maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh..
dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta..

Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian
wanita yang menjaga pendengarannya di dunia,
maka di syurga kelak
dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur..
di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya..
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga,
iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...


..................................................................................



saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula..
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
Yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas..

saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja..
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya..
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,,
kalau senang, senang yang sementara..
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia.
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya..

saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat..
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
“sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki..
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan.
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya...
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja..

saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah saw..
“barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka”
lihatlah penampilanmu,pecakapanmu,ataupun akhlakmu..
moga – moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a..
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu..
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah?...

saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dgn Tuhanmu..
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan..
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu..
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah saw..
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti..
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya..

saudariku...
ajarlah jiwamu utk bersahabat dgn tuhan..
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian..
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dgn keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan...
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dgn zikir LailahaillaAllah..
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da’ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah..
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a…
di mana seorang yg buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akn bertemu syurga Allah…
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn

"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami."
Amin ya rabbal ' alamin.

SANG BIDADARI




Syurga..
Keindahannya sanggup menggetarkan hati kita..
tergetar indah atas nama rindu..
Dan Allah Sang Maha Menepati Janji..
Menciptakan syurga itu jauh lebih indah..
Dari segala bayang dan impian..
"Sesungguhnya orang-orang bertaqwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mataair-mataair. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal, (duduk) berhadap-hadapan. Demikianlah....Dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari bermata jeli"
[QS Ad Dukhan 51-54]

Bidadari syurgawi..
Allah meletakkan cahaya di wajahmu..
Kecantikan wajahmu tak tertandingi..
Tampak indah dengan matamu yang jeli dan lebar..
Tubuhmu adalah kain sutera..
Kulitmu putih bersih..
Pakaianmu berwarna hijau..
Dengan perhiasan berwarna kekuningan..
Bersanggul mutiara..
Bersisir terbuat dari emas..
dengan rambut yang berkilau bak sayap burung Nasar..


Kami hidup abadi dan tidak mati..
Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali..
Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali..
Kami redha & tak pernah bersungut sungut sama sekali..
Berbahagialah orang yang memiliki kami..
dan kami memilikinya...

Sang bidadari syurgawi..
Tak jarang wanita dunia cemburu padamu..
sosokmu begitu tergambar ayu..
didalam ayat ayat Allah di AlQur'anul Karim..
didalam untaian sabda Hadits Rasulullah..
Masya Allah..

Allah Azza Wa Jalla berfirman..
pada AlQuran Surat Al Waqi'ah : 23
"Laksana mutiara tersimpan baik"
Engkau bidadari laksana mutiara..
yang berada di kedalaman lautan..
yang tak pernah tersentuh tangan manusia..

pada AlQuran Surat Ar Rohman : 70
"Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik lagi cantik"
Engkau bidadari yang berakhlaq baik..
bidadari yang berwajah cantik jelita..

pada AlQuran Surat Ash Shaffat : 49
"Seakan akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik"
Kelembutan kulit bidadari seperti bagian dalam telur
yang terlindung dari kulit bagian luarnya..

pada AlQuran Surat Al Waqi'ah : 37
"penuh cinta lagi sebaya umurnya"
Rasulullah saw memberikan penjelasan..
bahwa wanita yang meninggal dunia dalam lanjut usia..
dalam keadaan rabun dan beruban..
lalu Allah menjadikan wanita gadis yang penuh cinta..
bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya..


Wanita muslimah sholehah..
Berbanggalah kita..
Kala Ummu Salamah radhiallahu anha bertanya pada Rasulullah..
Manakah yang lebih utama..
Wanita-wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli..?
Beliau bersabda..
"bahwa wanita dunia lebih utama dari bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat"
dimanakah letak kelebihannya..?
pada sholat kita..
pada puasa kita..
pada ibadah kita kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala..
Subhanallah..



"Wahai Rabb kami, dan berikanlah kepada kami apa apa yang telah Engkau janjikan kepada Rasul-rasulMu dan jangan Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tiada pernah mengingkari janji"
[QS Ali 'Imran : 194]

BY shouzyie


Referensi :

1. AlQuranul Kariim
2. Al Hadits
3. Salim A. Fillah, Indahnya Pacaran Setelah Pernikahan, Pro-U Media, 2008

Tuesday 18 May 2010

MELATIH DIRI MENAHAN NAFSU DAN SYAHWAT

ALLAH S.W.T telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as:
“Wahai Musa,jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu, daripada keraguan hatimu kepada hatimu, daripada rohmu kepada badanmu, daripada cahaya penglihatan kepada matamu dan daripada pendengaranmu kepada telingamu, maka perbanyakkanlah selawat kepada Muhammad saw.”
ALLAH telah berfirman:
Ertinya: ”Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakannya untuk esok (hari Kiamat).” (Q.S Al-Hasyr: 18)


Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Syaitan hanyalah memperalatkan nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah merasa aman,suka berlengah-lengah,bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menurutinya, hancurlah engkau, jika engkau lambat memperhitungkannya tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia akan melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak akan pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. dialah markas iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun buruk.
Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari akhirat, maka renungan itu dapat mencuci hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah saw:
“Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun”

Demikian dalam tafsir Abul Laits. Maka sayugianya bagi orang yang berakal segera bertaubat atas dosa yang telah lalu, dan memikirkan akan bekal mencapai keselamatan di akhirat. Dia memutuskan angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingati ALLAH, meninggalkan larangan-larangan-Nya, sabar menahan nafsu dan tidak memperturutkan keinginan syahwat. Ingat! Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah ALLAH, dialah yang mampu menahan nafsunya.


Diceritakan bahawa Malik bin Dinar berjalan di pasar Basrah. Dia melihat buah tin hingga tumbuh keinginannya terhadap buah itu. Dia membuka kasutnya dan dia memberikan kepada penjual buah itu, seraya berkata, “Berilah aku buah itu,” dan si penjual melihat sandalnya lalu berkata, “Oh ini tidak cukup!” kemudian Malik berlalu. Maka dikatakan kepada penjual itu, “Apakah engkau tidak tahu mengetahui siapakah dia?” Penjual itu menjawab, “tidak.” Dikatakan kepadanya, “Dialah Malik bin Dinar.” Dengan segera penjual itu meletakkan bakul di bahu pelayannya seraya berkata, “jika dia menerima buah ini daripadamu, maka engkau merdeka!” Kemudian pelayan itu pergi mengikut Malik bin Dinar lalu berkata kepadanya, “Terimalah buah ini daripadaku.” Tapi Malik menolak. “Terimalah, sbb di sinilah kemerdekaanku,” kata pelayan itu lagi. Kemudian Malik menjawab, “Jika di sini kemerdekaan bagimu, maka di sini pulalah seksaan bagiku.” Namun pelayan itu tetap mendesak-desak. Sehingga Malik bin Dinar berkata, “Aku bersumpah tidak akan menjual agama dengan buah tin dan aku tidak mahu makan buah tin sampai hari Kiamat!”
Diceritakan pula bahawa Malik bin Dinar sedang sakit menghadapi mautnya. Dia ingin segelas madu dan susu untuk dimakan dengan roti panas. Pelayan segera menyediakannya. Kemudian Malik mengambil dan memandanginya sejenak seraya berkata, “Wahai nafsu, engkau telah bersabar selama tiga puluh tahun, padahal umurmu tinggal sesaat lagi.” Maka dia buang gelas itu daripada tangannya, dia tahan nafsunya hingga dia meninggal…. Demikianlah sifat para anbiya, aulia, siddiqin dan zahidin serta orang-orang yang merindukan ALLAH.
Telah berkata Nabi Sulaiman bin Daud as:
“Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota sendirian.”

Ali bin Abi Talib ra juga berkata: “Aku dan nafsuku bagaikan gembala dengan kambingnya. Jika aku menahannya dari satu sisi, dia melompat dari sisi lain. Barangsiapa dapat menjinakkan nafsunya, dia akan dibungkus dengan kafan rahmat dan dikubur dalam bumi karamah. Tetapi barangsiapa membunuh hatinya, terbungkuslah dia dalam kafan laknat serta terkubur dalam bumi azab!”
Zahya bin Muaz Ar Razi berkata: “Perangilah nafsumu dengan taat dan riadah (latihan rohani). Riadah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap, menahan kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat daripada bencana. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya banyak makan dapat mngeraskan hati dan menghilangkan cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kenyang dapat menjauhkan seseorang daripada ALLAH. Sebagaimana Rasulullah saw telah bersabda:
“Terangilah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama ALLAH. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai oleh ALLAH daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah.”

Telah berkata Abu Bakar Siddiq ra: “Aku tidak pernah kenyang semenjak aku masuk islam agar kutemukan lazatnya beribadah kepada Tuhanku. Dan aku tidak pernah minum puas semenjak masuk islam kerana rindu berjumpa dengan Tuhanku. Ini kerana jika banyak makan akan sikit beribadah. Sesungguhnya jika orang banyak makan beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang.” Demikianlah dalam kitab ‘Minhajul Abidin’.
Daripada Luqman Al-Hakim, dia berkata kepada puteranya: ”Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barangsiapa memperbanyak keduanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.” Ini tersebut dalam kitab ‘Maniyyatul Mufti’.
Rasulullah saw telah bersabda:
“Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur, Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air.”

Orang-orang soleh menafsirkan perut ibarat kuali di bawah hati. Jika terisi banyak akan menggenangi hati sehingga menjadi kotor dan hitam. Di samping itu banyak makan dapat mengurangi kecerdasan dalam mencari ilmu.
Diceritakan daripada Yahya bin Zakaria as. Dia melihat iblis membawa beberapa tali. Kemudian dia bertanya, “Apa itu?” iblis menjawab: “Inilah ‘syahwat’. Dengan ini akan aku ikat anak cucu Adam.” Yahya bertanya lagi, ”Apakah pernah engkau mengikatku dengan itu?” iblis menjawab, “Tidak. Hanya pada suatu malam engkau makan sampai kenyang kerananya aku beratkan engkau melakukan solat.” Kemudian Yahya berkata, “Sesungguhnya setelah kejadian itu aku tidak makan sampai kenyang selamanya.” Iblis juga berkata, “Sesungguhnya aku tidak akan melepaskan seseorang selamanya.” Demikianlah orang yang tidak pernah kenyang selama hidupnya kecuali satu malam. Bagaimana orang yang tidak pernah lapar selama hidupnya kecuali satu malam lalu mengharapkan lazatnya ibadah?
Diceritakan juga daripada Yahya bin Zakaria as. Pernah satu kali dia kekenyangan makan gandum. Pada malam itu dia tertidur ketika berwirid. Kemudian ALLAH memberi wahyu kepadanya seraya berkata, “Apakah engkau menemukan rumah untukmu yang lebih bagus daripada rumah-Ku?” Apakah engkau menemukan teman yang lebih baik daripada berteman dengan-Ku?” Demi kemuliaan dan keagunganKu jika engkau melihat syurga Firdaus lalu melihat Neraka Jahanam, pastilah engkau akan menangis mengeluarkan nanah sebagai ganti air resta dan engkau akan memakai besi bagi menggantikan kain.”

Tuesday 11 May 2010

Cabaran Seorang Akhawwat....

Akhawwat akan menjadi isteri kepada seorang ‘pejuang’ yang bukan sahaja memimpin keluarga, bahkan menjadi pemimpin massa. Pastinya tugas mereka seberat ummahatul mukminin dalam memotivasi suami agar terus kukuh dan agresif dalam perjuangan. Kerja sebenarnya kelak adalah menjadi sekolah baru dalam rumahtangga yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan. Mereka bertanggungjawab memastikan kesinambungan perjuangan ini berterusan. Ini tidak menafikan peranan mereka di luar rumah dalam mendidik puteri-puteri sejenisnya.

Kata Hasan al-Banna: “Islam berpandangan wanita mempunyai tugas yang sesuai dengan semulajadi mereka iaitu di rumah dan bersama anak-anak. Sebagai anak gadis dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga di masa depan. Sebagai isteri dia perlu memberikan seluruh tumpuannya kepada rumah dan suaminya. Sebagai ibu dia perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya. Dia perlu memberi tumpuan kepada rumahnya. Dia adalah surirumah dan pengurus rumahtangga. Apakah dengan segala urusan rumahtangga ini wanita ada masa lapang untuk melakukan perkara-perkara lain…?” (Risalah Wanita Islam)

Akhawwat, walaupun terkenal amat berminat dengan program-program tarbiah, tapi cabaran yang perlu mereka hadapi untuk terus istiqamah juga sangat hebat. Tatkala serangan musuh banyak tertumpu kepada mereka, potensi untuk gugur sangat tinggi. Lihat saja cara berpakaian dan gaya hidup wanita masa kini. Tidak mustahil memikat hati mereka yang memang sukakan keindahan dan kecantikan.

Lantaran itulah Rasulullah SAW memotivasi umatnya agar berbuat baik dengan anak-anak perempuan dan memberi penghormatan yang tinggi kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, maka ia bersabar dengan kesusahan, kesedihan dan kegembiraan mereka, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya atas (syafaat) anak-anak perempuannya.” Berkata seorang lelaki: “Kalau dua orang sahaja wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ataupun dua orang”. Maka berkata lagi lelaki itu: “Kalau seorang wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Walau pun seorang”. (Riwayat Imam Ahmad. Musnad Imam Ahmad. Jil. 17 Hal. 113 No. 8071)

Cabaran kedua yang akan mereka hadapi ialah apabila berumahtangga. Tatkala semakin ramai lelaki yang hilang kelayakannya untuk memimpin rumahtangga, peluang untuk mendapatkan yang terbaik menjadi satu masalah besar. Mencari orang yang memahami apa yang ia faham, meyakini apa yang ia yakini dan memperjuangkan apa yang ia perjuangkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia perlu berusaha mendapatkannya. Ini kerana, suaminya kelak akan banyak menentukan halatuju perjuangannya. Suami itu pemimpin keluarga. Suami ketua yang membentuk budaya rumahtangga. Isteri kebiasaannya akan terikut-ikut dengan sikap dan cara suami. Mungkin di peringkat awal wujud unsur bertolak ansur, tapi bila perkahwinan semakin panjang, pengaruh suami pastinya lebih dominan.

Akhawwat perlu berusaha mencari calon suami dalam komuniti fikrahnya sebelum menyerahkan jodohnya pada ketentuan takdir.

Kesilapan besar dalam mentarbiah akhawwat apabila tumpuan sekadar diberikan pada pembentukan peribadi dan membiarkan ia terkial-kial menentukan halatuju perjuangannya dalam rumahtangga. Sedangkan rumahtangga adalah medan sebenar mereka. Bahkan marhalah kedua dalam perjuangan mengembalikan ketuanan Islam di atas mukabumi (Ustaziatul Alam). Kecualilah kita deletekan sahaja peranan rumahtangga dalam agenda perubahan (manhaj tagyir) yang disepakati bersama.

Cabaran ketiga yang sering memfuturkan akhawwat ialah kerjayanya. Pastinya ia ingin menjadi pekerja yang terbaik di pejabat dan surirumah terbaik di rumah. Dua posisi dan tugasan yang sangat memenatkan. Ini akhirnya menyebabkan akhawwat hilang pedoman dalam menentukan priority. Ramai yang tidak sedar bahawa ia telah futur lantaran berpegang pada prinsip semua itu adalah ‘ibadah juga’. Tapi ia terlupa peranan sebenarnya dalam menyuntik kefahaman perjuangan pada akan-anak dan mewariskan kefahaman tersebut dalam diri mereka. Waktu ini kewujudan ‘suami mithali’ yang terus memberinya kekuatan, suntikan semangat dan meringankan bebannya ketika di rumah.
Lantaran itulah dalam mentarbiah ikhwah, murabbi perlu memberi fikrah yang sama kepada lelaki. Memahamkan tugas dan peranannya setelah berumahtangga, di samping tanggungjawab terhadap ummahnya. Keseimbangan pentarbiahan kedua-dua gen ini akan menentukan bentuk, warna dan corak rumahtangga yang mereka bina.

Mudah-mudahan kedua-dua gen yang sempurna pentarbiahan ini mampu disatukan dalam rumahtangga dakwah. Rumahtangga yang fikrah, kefahaman, halatuju hidup dan perjuangan adalah sama. Mudah-mudahan rumahtangga itu mampu menjadi bahtera dalam lautan perjuangan yang kukuh kesatuan ahli-ahlinya dan sama arah kompasnya. Kalaupun ada cabaran bukanlah pada perkara pokok (fikrah, objektif dan manhaj) tapi pada perkara cabang… ini kerana tidak akan ada rumahtangga yang langsung tidak ada masalah.

Mungkin impian ini terlalu ideal, tapi itulah tabiat dakwah ini. Itulah objektif sebenar pentarbiahan individu seperti kata Hasan al-Banna: “Pengislahan individu ini sudah tentu membawa kesan kepada keluarga kerana sebuah keluarga dibina oleh sekumpulan individu. Apabila lelaki dan wanita yang merupakan struktur asas sebuah keluarga menjadi baik, mereka berdua akan mampu membina sebuah keluarga contoh yang selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam”.

p/s : Buat sahabat-sahabat yg seangkatan dgnku,ku doakan moga kalian terus thabat di atas jalan yang lurus. Dipertemukan ‘rijal’ yang mampu memimpin rumahtangga kalian dan sekelilingnya dengan fikrahnya. semoga kita bisa menjadi anak yang soleh,isteri yang solehah dan ibu yg terbaik buat mujahid serta mujahidah yg bakal lahir.. Amin.

petikan asal dari-web isma

Erti Sebuah Pertunangan....

Betunang atau dalam istilah arabnya 'khitbah'...Empunya diri tiada berpengalaman,blm lagi hadir insan bertuah yang disarungkan cincin oleh bonda tercinta.Biar masa dan ketika yang menentukannya. Menghadirkan diri dalam beberapa buah majlis pertunangan, sambil berwacana mesra dengan mereka yang sudah berpengalaman merasa pahit manisnya alam ini, terutama dengan bonda, saya menguatkan hati untuk menulis..

Ada yang bertunang sebulan, 2 bulan, 2 tahun dan ada juga yang bertunang sejurus sebelum akad sang pengantin lelaki menghalalkan hubungan..

Ada 5 dulang, dilawan balik 7 dulang.Macam-macam ada..

Ayah si lelaki menjual pantun 4 keratnya. Terkulat-kulat wakil pihak perempuan mahu berpencak pantun.Bunga-bunga bahasa adat diserikan dengan latar dan dialek keluarga yang mungkin berbeza. Kelantan bertemu Johor, Kedah pula bertandang ke Selangor..

Si lelaki siap bersut Melayu lengkap, bertengkolok Hang Tuah, keris lok tujuh tersisip di pinggang, masih menunggu di dalam kereta di luar rumah. Si hawa siap menunggu di pelaminan, mesra , senyum lupa dunia..

Bicara tidak akan saya halakan kepada realiti dan adat bertunang di nusantara Melayu. Kerana itu lebih kepada uruf atau adat yang bersifat harus. Ada tiada masalah, ditiadakan juga tidak merencatkan apa-apa asal majlis sesuai syariat..

Sunnahnya RAHSIA..

Kahwin SUNNAHnya digembar-gemburkan. Sekampung sebandar diajak merayakan detik bahagia mempelai sejoli, didoakan di pelaminan..

Namun, bertunang sama sekali berbeza dengan perkahwinan.180 darjah terbalik arahnya. SUNNAHnya pertunangan itu dirahsiakan..

Nabi SAW ada mengingatkan kpd kita..

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”

(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)


Benda baik, kenapa perlu dirahsiakan??
Ini mungkin menjadi suatu tanda tanya bagi mereka yang kurang memahami..

Pertunangan adalah suatu janji untuk berkomitmen ke arah pernikahan. Benda baik, menikah..Komitmen boleh luntur, janji boleh berubah arah. Kerana namanya manusia.

Tetapi jalan ke arah pernikahan itu juga tidak sunyi dari gangguan syaitan dan nafsu.

Pertunangan bukan TIKET untuk MENGHALALKAN hubungan antara seorang adam dan hawa. Tunang bukanlah LESEN untuk mencuba-cuba sebarang bentukperkara yang boleh dilakukan pasca perkahwinan. Batasnya tetap sama, persis sebelum pertunangan. Haram disentuh dibelai mesra, berdosa kalau asyik SMS " Saya sayang awak,Mmmuaah", setiap pergerakan dalam 24 jam direkodkan kepada si dia...Tidak boleh keluar berdua-duaan sama ada di tempat khalayak apatah lagi di zon sunyi sepi..

Tidak ubah bak irama kapel yang didendangkan oleh anak remaja zaman sekarang.
Dan pelbagai tidak yang lain lagi..

Pendek kata, RAHSIA itu akan menjauhkan FITNAH. Suara-suara sumbang akan beredar ke udara.Gosip-gosip liar akan berkeliaran menyebar ke telinga-telinga yang suka mendengarnya..

" Ala bertunang je pun.Tunang dia pun bukan baik sangat.."
" Pakai cincin tunang.Saja je nak menunjuk tu!!"
" Apa la yang dia guna-gunakan sampai mamat tu jatuh hati, sampai bertunang lagi!!"

Dan kalau ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai menginjak pelamin..

" Kan tengok, Tuhan balas balik kat dia.Mana layak dia untuk laki tu!!"
" Padan muka. Siapa suruh menunjuk-nunjuk cincin.Kan betul-betul tak jadi!!"
" Ubat pengasih dah tamat tempoh la tu. Biar dia pula yang merasa!!"

Lihat.. Apa yang boleh terjadi. Aroma fitnah menjadi semboyan yang cukup gah untuk menjatuhkan maruah seorang perempuan mahupun seorang lelaki. Tidak semua orang akan memahami dalam konteks yang benar tentang erti sebuah pertunangan..

Betapa cantik dan indahnya Islam.Bertunang dibenarkan dan disuruh dirahsiakan sebolehnya...

Sistem Nilai..
"Apa salahnya. Mak dia pun bagi keluar!!"

Boleh sahaja seorang lelaki akan melenting apabila dikiaskan sindiran apabila mahu keluar bermesraan dengan tunangnya.Ibu dan bapa bakal mertua pun memberi lampu hijau asalkan si perempuan diusung balik dengan keadaan sihat walafiat..

"Sebelum pukul 10 malam tau pulang!!" laung si ibu dari ruang tamu, sambil anak mata mengekori pasangan tunang bak belangkas tadi..

'Sporting' kata orang zaman sekarang. Tersenyum bangga bakal mertua, digelar 'sporting' oleh bakal menantu.

Rosak sistem..
Telingkup akhlak..
Apa yang boleh saya komentari, salah dan betul bukan kebenaran ibu bapa sandarannya.Pegangan kita berpaksikan salah dan betul di sisi Allah dan Rasul. Kalau ibubapa berada pada jalur yang sama, taatlah pada mereka. Seandainya tidak begitu, pilihan kita adalah pada Allah dan Rasul terlebih dahulu..

Umpama disuruh ibu supaya memakan najis sendiri, saya percaya tiada akal yang waras akan melakukannya kerana ia bertentangan dengan fikiran manusiawi.Begitu juga sistem nilai. Kalau masih elok perjalanannya, turuti terus nasihat ibubapa..Jika sebaliknya, anda punya sistem nilai sendiri. Timbanglah buruk baiknya sehabis mungkin.

Ada nilai dosa dan pahala di situ..

Antara Syurga dan Neraka barang perjudiannya..

Habis tu...

" Baik tak payah gatal-gatal nak bertunang kalau cam tu!!"

Bertunang adalah zon dedikasi dan komunikasi..

Punya tunangan juga zon ujian dan cabaran..

Si lelaki mula mengenali bagaimanakah nanti perangai dan watak isteri pujangga hatinya.Dialah bakal ibu bagi zuriatnya.Sekali tersalah pilih, merana seumur hidup..

Sang hawa boleh menilik-nilik setahap manakah tanggungjawab dan hormat bakal suami junjungannya.Suamilah tempatnya bakal bergantung harap, tika duka dan suka, pahit dan gembira...

Bakal mertua menguji setakat manakah kesungguhan bakal menantunya.Sang bapa lebih-lebih lagi.Tidak sesenang itu dia melepaskan anak perempuannya yang ditatang dengan minyak yang penuh semenjak kecil, dan sewenang-wenangnya mahu dilepaskan kepada seorang lelaki yang belum teruji kemampuannya..

Lantas..

Muncul pertanyaan yang pelik lagi menghairankan...
Berapa kali boleh SMS dalam sehari?
Berapa lama boleh berbual dalam telefon dan berapa kali seminggu?
'emel' dan ' chatting boleh tidak?

Setelah faham akan erti sebuah pertunangan, versi soalan robotik ini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.Alhamdulillah, benih kefahaman tertancap di sanubari jiwa. Cuma sayangnya, soalan-soalan kaku dan bisu ini menggunakan bahasa akal robotik, tanpa ada siraman perasaan jiwa tadi..

Biasanya ,mungkin SMS seminggu atau 2 minggu sekali bertanya khabar. Sihatkah atau bagaimana..Kadang-kadang, SMS boleh mencecah berpuluh-puluh sehari apabila si dia ada masalah nan rumit dan memerlukan pertolongan..

Seringnya, telefon hanya beberapa minit, bertanya khabar, mengeratkan silaturahim, saling bertanya perihal keluarga. Jarang-jarang, adegan bicara di arena telefon boleh bermain angka jam apabila episod pelan perkahwinan dikisahkan..

Neracanya subjektif. Jawapannya bukan antara A atau B, mungkin sahaja gabungan antara keduanya..

Cukuplah apabila 'penggera' hati sudah mengatakan ini sudah berlebihan dan tidak betul, pandai-pandailah salam penutup bicara disampaikan.Endahkan penggera yang bertempik, jikalau tidak, kelak membakar diri..

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. (HR Muslim)

Bertunang: YA atau TIDAK ?

Melihat definisi Islam, apabila telah bersetuju kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, itulah namanya BERTUNANG atau KHITBAH. Hanya adat Melayu, berdulang pantun dan bersarung cincin..

Segalanya terpulang pada diri sendiri.

Bertunang itu WASILAH menuju sebuah akad ' misaqan ghalizaa', ikatan yang kukuh lagi kuat..

Seandainya pada wasilah bertunang itu sudah terdapat pencemaran maksiat, maruah sudah ternoda hina, jangan sesekali mahu bermimpi sebuah bahtera perkahwinan mawaddah warahmah, kekal ke akhir hayat sehidup semati, akan muncul dalam kehidupan anda..

Ia bukan suis automatik, boleh dikawal selia sesuka hati sesedap rasa, bila-bila ketika.Bertunang adalah proses dengan prosedur.

sumber perkongsian daripada sahabat blog juga. :) semoga bermanfaat.

aku harapkan post kali ini dapat membuka mata semua pihak mengenai ikatan pertunangan. yang baik dijadikan teladan dan buruk dijadikan sempadan. sekian sahaja~

Petikan asal dari-nurul izzati izyan....
salam sayang buat ukhti izzati diatas kesudian berkongsi ilmu dgn ana dan juga sahabat2 yg mengikuti blog ana..^_^

Thursday 6 May 2010

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT oleh IBRAHIM ADHAM

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

p/s : semoga kita mengambil pengajaran yang terdapat dalam kisah ini..sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui segala sesuatu yang kita lakukan..dan dikesempatan yang ada ini marilah kita sama-sama bertaubat kerana kematian itu datangnya tidak diketahui bilakah waktunya,dimanakah tempatnya,baik atau burukkah berita yang bakal diterima nanti..semoga kita tergolong dalam golongan "Husnul Khatimah"...

Mengapa Perlu Berkahwin??

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..

*****

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).


Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.


Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.

Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.





Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)…