Semalam yang ku tinggalkan membawa sejuta kenangan,
Hari yang baru kini memberi seribu kesempatan,
Esok yang mungkin bukan untukku,
Memungkinkan suatu harapan,
Disaat kekalutan begini,
Ku kupas semula kisah duka,
Betapa aku menjadi berani,
Melawan arus di lautan bergelora...
Tika ini..disaat ini...
Di tengah-tengah kegundahan hati,
Aku berjanji kepada diriku sendiri,
Aku akan terus berjuang dan terus berperang,
Kecekalanku mengharunginya,
Tak akan ku biarkan layu...
PadaMU Ilahi...
Puji syukur ku ucapkan,
Kerana KAU lah penguat nadiku,
Menjadi punca ketabahanku
Yang mengeluarkan semangat disetiap langkahku,
Seumpama ubat yang meresap di setiap rongga tubuhku,
KAU kurniakanlah ketenangan ketika aku memerlukan MU...
ALHAMDULILLAH...
Setiap dugaan yang mendatang,
Setiap cubaan yang KAU kurniakan,
Adalah bekal kematangan akal dan fikiranku,
Anugerahilah aku dengan kekuatan IMAN,
Dan taqwaku padaMU,
Segala kemungkinan di atas redhaMU jua,
Untuk sekian kalinya,
AKU AKAN TERUS TABAH...
Tuesday, 19 April 2011
...:::AKU AKAN TERUS TABAH:::...
Posted by cahaya humairah at 09:53
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment