? ??????????????Absolution? ????? ?? ???Rating: 4.5 (8 Ratings)??448 Grabs Today. 4269 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Waterfalls? ????? ?? ???Rating: 4.2 (175 Ratings)??314 Grabs Today. 21594 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????For BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday 18 December 2015



Assalamu'alaikum wbt...
Dah lama blog ini tidak dikemaskini kan? (Baca: update)
Ntah ada lagi atau tidak yang datang menerjah blog aku ni, yang kini penuh dengan debu. (Fuhhh, fuhhh)
Tetiba malam ni jari rasa terpanggil nak menulis sesuatu. Sesuatu yang bersarang dijiwa. Ehem! Hehe..
Mr.K, saya tak tahu kenapa saya boleh suka dekat awak? Sebelum ni, bagi saya awak sangat sangat poyo! Berlagak, tak pernah nak senyum langsung. Tapi tiba satu saat saya termimpikan awak berulang kali hingga dari perasaan tak suka jadi suka.

Saya tak pernah pandang rupa paras, harta benda dan segalanya yang awak miliki, tetapi hadir satu perasaan yang sangat halus didasar hati saya. Saya tertanya-tanya, apakah rasa ini? Saya cuba kawal dan elak tetapi lama kelamaan rasa ini makin mendalam. Yang saya tahu hanya luahkan pada Sang Pencipta Hati. Jika benar Mr.K jodoh saya, maka Allah mudahkan, jika tidak jauhkanlah Mr.k dari pandangan.

Yela, pada awak saya mungkin nakkan awak kerana harta yang awak miliki. Namun, jauh disudut hati saya. Saya benar-benar ikhlas terhadap awak. Saya tidak pandai bermadah. Saya hanya mampu bercakap yang benar. Ada kasih yang menumbuh, ada rindu yang bertaut, ada cinta yang merimbun. Tapi saya hanya mampu melihat awak dari kejauhan kerana dari awal lagi saya 'ditolak' oleh awak.
Mungkin saya bukan wanita pilihan awak.
Mungkin saya bukan wanita yang pernah awak temui.
Saya hanya wanita biasa biasa.
Saya tidak mampu menjanjikan yang indah indah. Apa yang mampu saya janjikan, jika awak pilih saya sebagai isteri. Akan saya berikan Ketaatan, kepercayaan, kesetiaan saya pada awak. InshaaAllah, bukan sahaja didunia bahkan jua diakhirat.

Cerita ni tiada kaitan dengan sesiapapun.
Luahan hati dari seorang sahabat..

P/s: Car Dia,
InshaaAllah, jumpa semua..

0 comments: