
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita." "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki , bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali
"Ya ALLAH...Engkau ampunilah segala dosa2ku serta rahmati dan redhailah aku sebagai hambaMu..janganlah Engkau biarkan aku mengharap selainMu..Engkau kurniakanlah aku kekuatan,ketabahan,kesabaran serta kecekalan agar aku dapat menempuhi ujian dariMu dengan penuh redha serta berlapang dada..ya ALLAH,muliakan dan tinggikanlah darjat aku disisiMu..cukuplah cintaMu buat aku..Amiin3 ya ALLAH.."
Wednesday, 21 April 2010
TaNpA Aku SeDaR Engkau Masih MeNyaYaNg!ku..
Posted by cahaya humairah at 18:49 0 comments
janjiku pada pencipta
Diri ini adalah hamba,
mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”
Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.
Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.
Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.
Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.
Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.
Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.
Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.
Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.
Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.
Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya.
----------------------------------------------------------------
‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna” adalah pertanyaan
Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
~Surah Al-A'raf, ayat 172.”
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Posted by cahaya humairah at 03:51 0 comments
Tuesday, 20 April 2010
KeB!mBaNgaNku....
Ratuku...
Inginku luahkan,
Apa yang sudah lama inginku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Di petik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.
Ratuku...
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar,
Dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.
Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat,
Bunga yang tidak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.
Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku...
Bukanlahku harap,
Kau segigih Siti Hajar,
Yang berlari-lari,
Antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga.
Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aishah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,
Kerana aku tidak layak,
Berharap sedemikian rupa.
Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi,
Bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu Syurga.
Jangan kau risau ratuku,
Kadang kala musim berganti,
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
Tapi itu,
Hanya ujian buatmu.
Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetik mu lagi.
Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu,
Jangan biarkan,
Gagak-gagak hitam itu,
Merosakkan serimu,
Kerana kau RATU IDAMAN KALBU.
Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU yang benar-benar RATU...
Posted by cahaya humairah at 08:46 0 comments
UnTuKmu KaUm aDaM
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
Posted by cahaya humairah at 04:05 0 comments
BuaT GaD!s BeRn!QaB...
Salam kemaafan ku hulurkan buatmu sahabatku gadis berniqab, andai kata coretanku selepas ini bakal menghiris hatimu. Tiada apa yang dapat ku lafazkan lagi melainkan aku amat menyayangimu sahabatku kerana kau sahabat seakidah di jalan dakwah juga kerana kecekalan imanmu mempertahankan niqab sebagai pakaian yang melambangkan ketinggian peribadimu.
Sahabatku yang dirahmati Allah..
Sungguh aku amat berbangga denganmu. Penampilanmu yang sopan membuatkan kau dihormati di mata masyarakat yang memahami tuntutan berpurdah.
Tapi sahabatku..
Tiada manusia yang benar-benar sempurna melainkan junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Terkadang kita terlupa, dan menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk saling mengingati saudaranya agar tidak terus hanyut.
Aku tidak menyalahkan dirimu kerana niqab, sahabatku. Aku juga pernah terlalai dan alhamdulillah, diri yang kerdil ini telah ditegur oleh seorang sahabat berhati mulia, yang tidak mahu hati ini terus dimamah dosa, juga kerana sayangkan agamanya. Diri ini terasa sangat malu apabila ditegur oleh seorang ikhwan yang tidak dikenali, tapi akhirnya diri ini memandang teguran itu sebagai satu kritikan yang membina. Jazakallah di atas teguranmu sahabat, semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu.
Bukan sahabatku…
Bukan kerana niqab, tapi semuanya bertitik tolak dari diri kita sendiri.. Jauh dari lubuk hati kita yang paling dalam. Tanya imanmu sahabatku, apa tujuan kita berniqab? Sudah tentu untuk melindungi wajahmu dari pandangan mata yang bakal mengundang nafsu. Jadi, apa tujuanmu mempamerkan gambarmu yang berniqab di laman sosial ( friendster, myspace, facebook etc.)?
Apakah untuk tujuan berdakwah?
Sahabatku…
Matlamat tidak menghalalkan cara. Banyak lagi cara untuk kita meyampaikan dakwah tetapi bukan dengan cara ini. Biarpun memang ada hati yang insaf tatkala melihat dirimu yang tampak sopan menghijab diri, tapi dapatkah dipastikan bahawa mata yang melihat dirimu itu semuanya mata-mata muslimah? Apakah tiada mata-mata lelaki ajnabi yang memandangmu walaupun sudah lengkap terhijab dengan niqab?
Ya..
Mungkin ada yang berkata. “Ah! Tak apalah. Muka dah tak nampak. Semua dah bertutup. Takkan nak timbul nafsu juga…”
Dari kerana mata…
Tahukah kamu sahabatku yang disayangi…
Lelaki itu tinggi imaginasinya. Walau hanya dengan melihat fotomu yang berniqab, tapi akal mereka masih mampu meneroka setiap inci dirimu. Memang benar sahabatku. Melalui fotomu, dapat dilihat kurus atau berisinya dirimu, tinggi atau rendahnya, malah melalui sebahagian kecil matamu yang kelihatan sudah cukup mampu menggambarkan kecantikan wajahmu, sahabatku.
Biar sehebat mana iman seseorang lelaki itu, biar setinggi mana ilmu agama yang mereka pelajari, namun itu bukanlah jaminan sempurnanya kekuatan iman seseorang itu. Rambut saja sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kita tidak dapat menduga apa yang ada di dalam hati mereka. Mata yang melihat sudah tentu akan mendorong akal untuk berfikir tentang foto perempuan berniqab yang dilihatnya. Akal yang berfikir sudah tentu akan didorong nafsu untuk membayangkan rupamu lebih jauh lagi. Mungkin bukan semua, tetapi itulah kemungkinan yang bakal terjadi andai kita tidak menjaga diri.
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
‘Mawar berduri’ vs ‘Mawar yang rugi’
Sahabatku…
Andai kau merasakan dirimu mawar berduri, buktikan!! Bukan dengan pembuktian dengan meng’upload’ foto wajahmu yang berniqab, melambangkan dirimu seolah-olah ‘mawar berduri’. Tetapi dengan cara menghentikan ‘upload’ fotomu itu. Engkau tidak rugi sahabatku. Malah engkaulah orang yang beruntung, kerana dirimu terhindar dari pandangan mata ajnabi yang melihat, dan akal mereka yang berfikir. Dirimu juga terhindar dari dosa membiarkan ajnabi berfikir dan membayangi rupamu. Dan sekaligus menyelamatkan lelaki ajnabi dari dosa melihatmu dan membayangi rupamu. Juga engkau telah menyediakan dirimu suci-sesuci sucinya untuk seseorang yang lebih berhak lagi halal bagimu. Ingat sahabatku gadis berniqab, dirimu sudah menjadi maqam qudwah buat masyarakat di luar sana. Justeru itu, elakkan segala perkara yang bakal mengundang fitnah buat kita, para niqabi.
Wanita itu fitnah
Sahabat yang ku sayangi fillah…
Menjadi wanita itu sendiri adalah fitnah. Segala tindak tanduk kita, andai tidak dikawal dan dijaga, bakal meletakkan diri kita di dalam fitnah lebih-lebih lagi kepada muslimah pembawa agama. Ini bukan satu kekangan yang mengongkong kita, bukan juga satu diskriminasi buat kita, tetapi pandanglah ia sebagai satu penghormatan buat kita, muslimah pendukung agama. Mungkin bagimu, isu sebegini hanya satu perkara remeh, tetapi ingat para niqabi… Jika dibiarkan berlarutan, kesannya pasti akan mengundang mudarat yang lebih besar. Masyarakat di luar sana pasti akan berkata tentangmu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seorang dua di kalangan kita yang buat perangai, habis semua gadis berniqab yang akan terkena tempiasnya.
Dan jangan sesekali salahkan lelaki itu jika mereka memulakan langkah untuk mengorat. Jika kita terus-terusan menyalahkan mereka, itu suatu perkara yang tidak adil. Sedangkan siapa yang membuka peluang untuk mereka kalau bukan kita? Kita sendirilah yang menyediakan diri untuk fitnah itu, sahabatku…
Sahabatku, teman seiman…
Maafkan diriku sekali lagi wahai sahabat. Aku tahu, aku bukanlah orang yang layak untuk menegur kalian, namun aku tidak sampai hati membiarkanmu terus-terusan begini, sedangkan aku sendiri sudah tahu danperkara sebegini tidak layak terjadi pada diri kalian. Aku terpaksa berkata benar biarpun ia pahit. Aku tidak memaksa kalian untuk mengikut pendapatku, tetapi, jentiklah akalmu, tanya imanmu. Mati itu pasti cuma tidak pasti bilakan terjadi dan semoga penamat kehidupan ini disudahi dengan husnul khotimah. Juga aku tidak mahu sendirian dalam mengejar redha Ilahi, aku ingin kita bersama-sama dalam memperbetulkan diri. Biarlah kita bersama-sama saling melengkapi sahabatku. Sungguh aku amat mengertinya, kerana aku sebahagian dari kamu semua, para niqabi… Semoga kita tidak terhijab dari menerima hidayah dan taufiqNya.
Salam sesuci titis qatrunnada, buatmu gadis solehah, yang maharnya iman dan taqwa, lalu dihiasi tulusnya cinta. Buatmu puteri, ku doakan untaian mutiara solehah mengalungimu…
Posted by cahaya humairah at 03:55 0 comments
MenCaR! C!nTa
Wahai diriku yang dianugerahi rasa cinta...biarku khabarkan...kerana cinta itu anugerah Illahi.Satu rasa yang sukar diterjemahkan.Senada pada warna hati.Andai putih hati nescaya putihlah cinta...hati berkata-kata tentang cinta...di mana juga insan bercerita tentang cinta.Walau dilorong-lorong sunyi sepi.Di mana kedudukan sebenar cinta?Aku sendiri keliru...Meski panduannya ada pada cermin hati.Biarku singkap erti cinta..
Cintailah Allah sepenuh hati...nescaya akan engkau temui cinta sebenar yang dikau cari-cari selama ini.Di sana ada ketenangan,kedamaian,keharmonian, kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan,derita dan air mata kecewa...
Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan.Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti akan bertambah retak dan terburai.Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Illahi pasti ia kan bertaut kembali...
Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa cinta ditempat yang hak.Dalam memburu cinta,manusia sering keliru.Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi-bahagikan...
Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan,mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah.Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah,pasti taburan wangian cinta itu akan dapat dihidu oleh sesiapa sahaja...wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan...wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...
Andai mampu ku sulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah...betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-MU.Tetapi hati ini meminta...
" Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung..."
Kurniakanlah aku seorang insan bertaqwa yang akan memimpin tanganku menuju kepada keredhoan-MU.Kusedari,tidak mampu diriku berjalan sendirian mencari cinta-MU tanpa dirinya yang akan mengajarkan aku tentang makna cinta sejati...
Posted by cahaya humairah at 03:53 0 comments
Aku R!nDu PaDamu Ya Rasulullah...
Ya Rasulullah..
Geringmu membawa petanda,
kau kan pergi menghadap Yang Esa
Disisi Humaira’ isteri tercinta
Dikelilingi sahabat juga saudara
Sebelum pergi kau bisik padanya
Membuat puterimu tersenyum gembira
Kau menunggu kedatangannya
“di akhirat sana kita berjumpa”
Setelah kau pergi sunyilah kota
Hiba Umar tidak terkata
Akan dipenggal semua kepala
Andai dikhabarkan kau telah tiada
Namun imannya kukuh sentiasa
Direlakan juga walau terpaksa
Bilal pergi keluar kota
Kerana pilu tidak terhingga
Setelah lama kau bersemadi
Kota sunyi tidak berpenghuni
Tiada kau sebagai penyeri
Suka dan tawa tidak didengari
Mimpi Bilal kau datangi
“adakah aku tidak kau sayangi??
Wahai Bilal,ziarahlah ku disini
Rindu padamu tidak terperi”
Menangislah Bilal bangun dari lena
Tidak disangka baginda menunggunya
Segera berkemas pulang ke kota
Berlarilah unta meredah benua
Di saat tiba di dalam kota
Di makam Baginda terduduk hiba
Air mata menitis jua
“betapa ku rindu pada Baginda!”
Dengan semangat dan azam baru
Gunung kau daki tanpa ragu
Azan dilaung memuji Yang Satu
Suara merdu memecah di kalbu
Menangislah seluruh penduduk kota
Azan mengimbau kenangan bersamanya
Tidak didengar sekian lama
Kini bergemanya menusuk di jiwa
Beramai-ramai menjalankan kewajipan
Wajah Baginda bermain difikiran
Alangkah rindunya tanpa sempadan
Namun hidup perlu diteruskan….
Posted by cahaya humairah at 03:48 0 comments








